Aku nak follow blog poyo ni

12 February 2011

Sapu sampah bersama Ummu Hani memang kenangan terindah kan?


Lu orang tahu kan ada demo dekat Egypt? Kalau tak tau, gua syak lu orang sah-sah bayar bil streamyx sebab nak harvest telur ayam jual lembu dekat farmville. Celaka jugak kan? Tapi takpelah, gua cerita sikit.


Cancel-cancel, gua paste jelah (Sumber: BostonBigPicture)


For 17 days, tens of thousands of anti-government protesters gathered in Tahrir Square calling for the resignation of President Hosni Mubarak, 30 years in power. They had been acting out of passion for their country and dedication for change. They had protested and waited for a response. The response came in an address from Mubarak to the country and his people. Mubarak would not step down. Then almost miraculously, on the eighteenth day of protests, Vice President Omar Suleiman made a very brief statement on state television. Mubarak had stepped down. The crowds erupted "Egypt is free!" "Egypt is free!



Lanie, Hosni Mubarak dah stepped down. Okay aku bukan nak komen sama ada dia bersalah ke tak, itu lu orang boleh layan CNN, BBC, Al Jazeera ke...ikut lu orang lah nak layan sumber mana. Cumanya jangan layan RTM, Utusan sudah lah. Eh sorry gua lari topik, haih.


Dekat twitter, sebagai tanda *solidariti kepada rakyat Mesir, pahlawan-pahlawan keyboard pun turut sama berdemo secara online, pakai hashtag #Egypt...Mungkin lebih kurang macam ni la; Balik kerja, mandi-mandi, solat, kalau ada bini buat apa yang patut...lepas tuh lepak depan TV layan cerita Ummu Hani, switch-on laptop bukak twitter...tweet pasal Egypt.

*Bila gua guna solidariti ni, gua syak blog gua ni dah layak masuk kategori Activism, eh ke macam mana? Hihi


Ok gua copy-paste tweet-tweet pilihan dari rakyat Malaysia pasal #Egypt...


1 - Everyone is buzzing about #Mubarak stepping down as president of #Egypt. Don't hold "power" for too long! #Malaysia *hint hint*

2 - Will see another #Egypt in #Malaysia?

3 - If #Egypt know how to change by internet,why it can't happen in #Malaysia?


DS Najib PM siap keluar statement lagi Jangan samakan senario Mesir dengan Malaysia


Amboi DS takut ke?


Haih DS tak perlu bimbang rakyat buat 'Egypt' di Msia. Usahkan demo besaran, gotong-royong rukun tetangga pun berapa kerat sangat yang datang kan? Ini nak demo 3minggu lepak-tidur-makan dekat Dataran Merdeka, ugh lagilah orang kita malas kan?


Hah, unless demo thru facebook, twitter...itu lain cerita. Pahlawan keyboard ramai.



p/s: Eh gua bukan pahlawan keyboard, hello!














31 January 2011

Tetiba


Masa sekolah menenengah dulu, aku paling tak suka Pelajaran Agama Islam...sebabnya aku ni boleh dikatakan tak berapa nak lancar baca Quran. Kalau Yasin Al-Baqarah tu laju lah, cuba kalau time ustazah tiba-tiba decide taknak mengajar pasal tokoh-tokoh sahabat then mintak semua orang bukak Quran, lepas tu cakap ayat sekian-sekian, rasa nak menangis je tetiba. Sekian-sekian maksud aku ayat selain 3-Kul, Yasin, Al-Baqarah dan surah-surah muqaddam.


Jadiknya, bila dah besar ni, tetiba aku rasa menyesal masa kecik dulu tak berapa rajin nak pergi mengaji. Mak suruh ngaji, aku gi main basikal, haih...Jadinya macam mana? Satu, sama ada aku masuk kelas mengaji untuk orang-orang tua (bukan aku yang tua, maksud aku, aku join veteran lain)...Dua, kahwin dengan gadis berpendidikan agama. Macam mana ni?






28 January 2011

Rambang


1. Aku selesa berborak dengan anak-anak buah aku. Politik, perempuan, membeli belah, pekerjaan dan macam-macam lagilah. Segala benda pasal hidup aku, termasuk hal-hal nak berhenti kerja (eh?) dalam pengetahuan anak buah aku-lah. Harap dia story dekat kakak aku (mak dia), then kakak aku cerita pulak dekat mak dia (mak aku jugak, kami kongsi mak, eh?).


2. Kalau aku perempuan, aku dah buat bisnes jual tudung. Online lagi. Tag akaun facebook kawan-kawan. Padan muka.


3. Siang nanti hari Jumaat. Aku suka Jumaat sebab dekat masjid, ada orang jual beriani. Bukankah datang awal ke masjid demi sesuap nasi itu amalan terpuji? Kan?


4. YEKE? Fasha Sandha kembali single? Wuhuu.


5. Macam mana nak apply working visa untuk Aussie. Celaka jugak satu konsultan ni mahu caj 20 ribu untuk proses visa. Dasar kapitalis!!!


6. Bulan Januari, aku agak kurang sosial. Februari pun sama, aku rasa-lah!


7. Dah dua minggu aku batuk. Tadi ke klinik, Dr Gopi mengarahkan aku untuk menjalani ujian dara(h). Terima kasih Tuhan kerana tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Dr Gopi juga meng-injek vaksinasi H1N1 di bahagian bicep. Kesannya bicep aku membengkak, tidak perlu ke jim lagi. Harap tidak demam disebabkan vaksin tersebut.


8. Tahukah anda ada tiga aset utama di Malaysia; Petroleum, rakyatnya, dan Juliana Evans. Aku tidak tipu.


ok, aku sambung tulis esok-esok pulak ya...



25 January 2011

Hanya Bik Mama yang Boleh Menyatu Padukan Kita.


Korang pernah ikut Bik Mama dekat Twitter? Seriusli, kalau ada award peng-tweet paling parody & sinikal, Bik Mama konfem menang takyah bertanding, johan menunggu-lah kiranya!


Dekat facebook pun ada page untuk Bik Mama. Setiap update dari Twitter, akan appear dekat Bik Mama page.


Macam malam ni, Bik Mama punya update;


"Cis! Saya dgr Anwar lancarkan album nyanyian beliau malam ini. Perasan betul! Saya juga akan lancarkan album duet dgn @anaraffali nanti!"


Maka berpusu-pusulah rakyat Malaysia marhaen yg memberi komen. Ada yang berbaur emo, sinis. Tapi kebanyakkannya emo.


Dan semenjak minggu lepas, page Bik Mama ni tetiba menjadi perhatian *rakan-rakan facebook dari Indonesia. Bagaimana & sebab apa aku tak dapat nak trace sebab banyak sangat komen-komen dekat page tuh. Kalau korang rajin, maybe boleh tengok post yang lama-lama.


Ahad lepas, menjelang pertemuan Lee Chong Wei dengan Taufik Hidayat dalam final terbuka Malaysia, Bik Mama sempat update;


"Jam 2 ptg ini anak angkat saya Dato' Lee Chong Wei akan beraksi di akhir terbuka Malaysia melawan Taufik Hidayat, si tua dari Indonesia."


Macam korang dah sedia maklum, LCW tapau bungkus TH cukup-cukup. Yelah, TH ni dah tua, allignment shot pun dah tak betul, asyik sangkut kat jaring je.


Dan sepertimana **Asean Cup, rakan-rakan facebook dari Indonesia membanjiri page Bik Mama. Yelah, TH dah kalah, Bik Mama la jadi mangsa, ye dok?


Yang menariknya, rakyat marhaen Malaysia, yang kebanyakkannya memberi komen-komen emosi & marah-marah untuk setiap update Bik Mama, bangkit mempertahankan beliau. Comel sangat kan? Semangat Malaysia Boleh gitu!


Aku pernah terbaca, kalau dekat London, lepak dekat restoran speaking tiba-tiba ada ending LAH dekat akhir ayat, then fellow Malaysian akan tegur "Are you from Malaysia? I am a Malaysian too"...tak kira lah sama ada melayu cina atau india.


Tapi bila balik je ke Malaysia, orang-orang yang sama yang kalau dekat London mengaku diorang adalah Malaysian, akan memberikan jawapan sebaliknya. "Aku melayu/cina/india"...Ini aku bacalah. Mungkin ada kebenaran, ye dok?


Berbalik kepada Bik Mama, aku rasa beliau berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia. Bukan dalam isu dalam negara, tapi tatkala menghadapi isu serangan komen-komen negatif dari rakan-rakan Indonesia.


Sama seperti kes 'I am Malaysian di London tapi Saya melayu/cina/india di tanah air', kita mungkin berbeza pendapat dalam banyak hal dalam negara, tapi dalam benda-benda melibatkan Malaysia dengan negara lain, kita boleh bersatu.


Selain bola sepak dan badminton, ternyata hanya Bik Mama yang boleh menyatu padukan kita.


Sayang Bik. Muahs!



*rakan-rakan facebook dari Indonesia - bukanlah bermaksud saya mengatakan keseluruhan rakyat Indonesia. Kerana saya juga mempunyai rakan dari sana, dan semuanya baik-baik belaka.


**Asean Cup - Masa Asean Cup, yang jadi mangsa adalah blog Sokernet. Korang baca sendirilah, malas aku nak tambah-tambah












23 December 2010